Home » INOI Privé Berkembang ke APAC, sasar Lima Pasaran Utama di Asia Tenggara

INOI Privé Berkembang ke APAC, sasar Lima Pasaran Utama di Asia Tenggara

Inoi Prive

INOI umumkan INOI Privé ke APAC, sasar 5 pasaran utama: Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina. Perkukuh hubungan pengedar dorong pertumbuhan Bersama

Mengulas mengenai pengembangan, Yoonsoo Kim, CEO INOI, berkata, “Kami rasa teruja untuk membawa program INOI Privé ke rantau APAC, menyasarkan lima pasaran utama di Asia Tenggara.”
— Yoonsoo Kim, CEO of INOI

DUBAI, UAE, April 2, 2024 /EINPresswire.com/ — INOI, jenama teknologi Eropah, mengumumkan pengembangan program pengedar mudah alih utama INOI Privé permulaannya ke rantau Asia Pasifik (APAC) menyasarkan lima pasaran utama: Vietnam, Thailand, Indonesia, Malaysia, dan Filipina. Pengembangan ini mengikuti penembusan pasaran Vietnam yang berjaya, menyerlahkan komitmen INOI untuk memupuk perkongsian kepentingan bersama dan mendorong inovasi dalam industri mudah alih di seluruh Asia Tenggara.

INOI telah membina jejak langkah di rantau APAC, dengan pasaran Vietnam digunakan sebagai kes membina kehadiran jenama yang berjaya dan mengembangkan jualan dengan kerjasama dengan rakan pengedaran serantau. Bersandarkan kejayaan ini, INOI bersedia untuk mengembangkan pencapaiannya dalam pasaran utama lain di rantau ini. Pengenalan program INOI Privé kepada rakan niaga di Asia Tenggara menandakan peristiwa penting kepada usaha Syarikat untuk memantapkan kedudukannya sebagai pemain industri mudah alih utama di Rantau ini.

INOI Privé ialah program unik dalam industri mudah alih, direka bentuk untuk membina perhubungan eksklusif yang lebih kukuh dengan pengedar utama. Program tersebut merealisasikan falsafah jangka panjang, pertumbuhan perniagaan kepentingan bersama dengan menyediakan faedah eksklusif dan menggalakkan keuntungan tambahan di kalangan rakan kongsi globalnya. Oleh itu INOI berhasrat untuk mencipta rangkaian rakan usaha sama yang dipercayai, komited untuk mendorong pertumbuhan dan inovasi dalam ekosistem mudah alih.

Mengulas mengenai pengembangan, Yoonsoo Kim, CEO INOI, berkata, “Kami rasa teruja untuk membawa program INOI Privé ke rantau APAC, menyasarkan lima pasaran utama di Asia Tenggara. Kemasukan ke dalam pasaran Vietnam yang berjaya telah mempamerkan potensi yang sangat besar rantau ini dan kami teruja untuk meneruskan momentum ini. Dengan komitmen kami terhadap kecemerlangan produk mampu milik dan pengembangan pasaran global, kami yakin bahawa INOI Privé akan mendorong kami untuk menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh dan menyampaikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami.”

Perihal INOI:
INOI ialah jenama teknologi Eropah dengan perniagaan yang berkembang pesat, memberi khidmat kepada jutaan pelanggan aktif seluruh dunia. Terkenal bagi pengilangan peranti berkualiti tinggi mampu milik dengan reka bentuk luar biasa, termasuk telefon pintar, tablet, dan telefon berciri, INOI komited untuk mendorong inovasi dan kebolehcapaian dalam industri mudah alih. Dengan pasukan kepimpinan yang terdiri daripada bekas eksekutif daripada gergasi industri Samsung dan Nokia, INOI mengukuhkan dedikasinya terhadap kecemerlangan produk dan pengembangan pasaran global.

Dengan 14 pejabat di seluruh dunia, trajektori pengembangan INOI disasarkan melebihi 50 negara menjelang tahun 2025, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam pasaran mudah alih global.

Untuk butiran lanjut tentang INOI dan produk kami, lawati laman sesawang rasmi INOI.

Sertai Keluarga INOI:
• Lawati laman sesawang rasmi INIO https://inoi.com untuk meneroka dunia kami.
• Ikuti perjalanan kami di Instagram https://www.instagram.com/inoi_global/
& Facebook (https://www.facebook.com/inoiglobal)

INOI Global Mobile Phones LLC TRN 100507096400003
INOI GLOBAL MOBILE PHONES L.L.C., TRN 100507096400003
email us here
Visit us on social media:
Facebook
LinkedIn
Instagram
YouTube
TikTok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *